Wednesday, November 29, 2017

Trailer "The Gift"


Seriously, aku dah lama tak begitu excited hanya dengan trailer. tapi kali ni memang aku excited. rasa macam memanggil-manggil je ke Jogja. Hahhahahahaa...masalahnya office nak pindah. Memang tak de la aku nak ke Jogja.

Actually macam ni, dalam dua, tiga tahun kebelakangan ni, aku dan beberapa kawan "PILAREZ" banyak bercerita tentang filem-filem Reza. PILAREZ tu adalah Fan Club nya Reza Rahadian. Walaupun aku berkawan dengan mereka, tapi aku BUKAN Pilarez. Well, aku bukan in habit untuk masuk Fan Club. Dari dulu minat KRU pun tak pernah masuk FC depa. Hihihi.

Okay, sambung cerita pasal sembang-sembang kosong kami.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, apa yang aku dan kawan-kawan realized, banyak filem -filem Reza bersifat modern atau filem popular. Walaupun dia tak menurunkan kualiti, tapi dia dah meyimpang jauh dari genre yang membuat kami, especially AKU!! jatuh cinta dengan filem-filem dia.

Alangkah Lucunya Negeri Ini, Emak Ingin Naik Haji, Perempuan Berkalong Sorban,  Hati 2 Dunia 1 Cinta. Hafalan Solat Delisa. Tu semua filem yang "menyangkut" aku untuk filem-filem seterusnya. Tapi kebelakangan ini, Reza dah kurang berlakon dalam filem-filem macam tu.

Well, aku masih suka filem-filem mainstream seperti Test pack, Kapan Kawin, Talak Tiga, Strawberry Surprise, Syurga Yang Tak Dirindukan 2 dan juga Critical Eleven. Habibie & Ainun dan Rudy Habibie, sila tolak tepi. Yang tu tanak komen sebab yang tu walau masuk aliran mainstream, tapi kualitinya tak boleh nak deny.

Sooooo... Bila tengok trailer 'The Gift" ni, aku jadi excited. Aku tak tahu jalan cerita nanti akan mengarah ke arah mana, tapi ini sesuatu yang aku dah lama tunggu. Pada aku, cukup lah dengan lelaki romantik, penyayang, gentleman dengan rambut dan baju tersedia rapi. Itu bagi kat orang lain.

Mungkin aku akan select filem-filem Reza yang sebegini, baru aku akan ke Jakarta lagi. Cukuplah rasa menyesal "buang" duit pergi menonton SYTD2 disana sedangkan ada tayang disini. Yang tu satu hal..satu hal lagik, errrmmmm.. tak payah la aku cerita. Hahahhahahaha

Terus terang aku cakap, aku ni minat tu minat juga..tapi kalau tak berkenan di mata dan hati aku... sekali tu je la aku tengok.Lepas tu aku simpan je buat pekasam. Jangan harap aku nak ulang. Ada dah 2,3 filem yang merasa nasib macam tu. ;p

P/s : Malam kang nak subscibe filem ' Bisik Pada Langit". Aku suka menonton filem Melayu. Aku just tak suka menonton Drama Melayu. Hihihi

Wednesday, November 22, 2017

Perempuan-Perempuan Chairil


Picture credit to it's website

 Yeay!! Berjaya!!! 

Payah giler nak dapatkan tiket untuk teater ni. Masa tiket mula jual je, Website cramp!! Error.. lepas tu terus tak boleh nak masuk. Kalau kawan-kawan kat Indo kata payah, apatah lagi aku yang diseberang laut ni. Menderita!!

Memang banyak kejadian yang tidak diingini berlaku sepanjang percubaan untuk mendapatkan tiket tersebut. Sampai aku ngan kak Sofie dok bertekak lah. Tak payah la aku cerita panjang lebar. Tapi memang sakit hati, sakit telinga, sakit mata etc..etc....

Then bila keadaan sikit tenang in between ributsss tersebut.. aku senyap-senyap bukak website titimangsa foundation. click punya click, tiba-tiba boleh pulak. Hanya seat VIP dan VVIP je ada. VIP berharga IDR 750,000 dan VVIP IDR 1,000,000. Hahhaha. Tapi itu pun dah tak banyak. Aku belasah je la order VIP. Alhamdulillah boleh. Petang tu aku pergi kat money changer untuk transfer duit ke akaun kat invoice sheet tu. Lepas settle semua, nitnot bagi aku number person in charge untuk confirm kan bayaran. lepas confirm, settled!!

Sebenarnya mudah je proses nya. Errmmmm.....

Okay, kita tinggalkan je la kisah beli tiket tu. Meh aku cerita pasal teater ni.

kami ke Indonesia pada hari Jumaat, saja nak rehat di Bekasi, makan-makan kat Sumarecon dan lepak kat Harris Hotel & Convention Centre feeling-feeling orang kayoo. Hahahahhaha

Jumpa ngan Nad kat Sumarecon, Bekasi. Lama tak makan kat Coco Ichibanya. dapat pulak kawan Nad belanja air. Hehehehe.. Terima kasihhh...

Back in Jakarta pada hari Sabtu, kami tinggal kat Hotel Alia Cikini. Just seberang jalan je dengan Taman Ismail Marzuki dimana terletaknya Teater Jakarta. Pementasan yang kami nak pergi ni hari Sabtu 11 November 2018. Pukul 3 petang tu, kami pergi ambil tiket di lokasi. Sebenarnya kat dalam tengah berlangsung Full Dress Rehearsal dan lepas tu sidang media. Tapi kami dok kat luar tengok budak-budak berlatih menari. Hihihihi...

Baru lepas redeem ticket. Tiket untuk VIP. Permandangan nya cukup cantik sebab nampak keseluruhan hall

So........

Pementasan tu berlangsung jam 8.00 malam. Kalau kat kita, jam 9.00 malam la. 

Ini macam biopic juga. Tapi kisah Chairil anwar dengan 4 orang perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya. Menurut kata orang, ada lebih dari empat. Tapi tak kan nak cerita semua lah kan.. jadi, yang diambil hanya empat orang. Ida Nasution, Sri Ajati, Sumirat dan Hapsah. 

Opening pementasan ni dimulakan dengan monolog Chairil. Menceritakan tentang kawan nya dan tentang perempuan-perempuan. Katanya, bukan dia yang kejar perempuan... perempuan yang kejar dia. Hahahhahaaa... 

Then barulah pentas dibuka dengan set-set siap dengan side kick si Reza.

Picture credit to it's website
Ida Nasution :

Watak ni dibawa oleh Marsha Timothy. Personally aku belum pernah tengok Marsha dimana-mana filem atau apa-apa kerja dia yang lain. Selain cantik, Marsha sebagai Ida memang convincing. Aku suka perwatakan Ida yang cerdik, bijak dan sophisticated tu. Cara dia mematahkan rayuan-rayuan Chairil tu buat aku senyum sendiri.  Pada zaman tu Ida dan pandai memandu kereta sendiri tapi dia diberitakan hilang dalam perjalan dari Jakarta ke Bogor. Maybe Ida terlalu cerdik untuk Chairil. Well, sometimes ada lelaki yang suka dengan perempuan yang cerdik tak terjangkau begini kannnn...

                                                          Picture credit to it's website
Sri Ajati

...is Chelsea Islan. Macam Chelsea, Sri ni orangnya cantik. Sri adalah model lukisan, penyampai radio dan orang kaya-kaya. Kalau nak kata part yang light, dengan Sri ni lah part yang paling light antara 5 segmen. Aku tak tahu apa-apa pasal Sri, tapi katanya hubungan antara Sri dan Chairil tak lebih dari hubungan platonic. Paling cute bila Sri tanya Chairil, dia datang nak jumpa ke..nak makan siang? Chairil kata dia dah makan................ 2 hari lepas. Hahahhahaa. 


 Picture credit to it's website
Sumirat

Aku selalu tengok Tara Basro sebab aku tengok Halfworlds season 1 dan Pendekar Tongkat Emas. Dan aku suka tengok muka ala-ala bitchy dia tu. Segmen antara Chairil dengan Mirat ni adalah segmen paling "panas". Di segmen ni akan nampak betapa passionate nya percintaan Chairil dan aku suka tengok macam mana Reza sangat fluid disini. Desperate dan penuh emosi. Di sini ada satu line yang paling aku suka.

"Sedang dengan cermin aku enggan berbagi"

 Dang!!!!!!!! (mulut ternganga mata terbeliak..)

 Picture credit to it's website
Hapsah


Sita Nursanti ni pun aku belum pernah tengok lagi. Nama pun baru kali ni dengar. hahahha. But among all 4 ladies, aku paling suka Hapsah. Rupanya dia "lawan" Reza yang paling jadik. Hapsah adalah perempuan biasa yang sangat biasa, dia tak faham puisi-puisi Chairil, dia anggap Chairil macam orang biasa yang malas kerja dan otak berserabut. Banyak dialog-dialog dalam segmen ni memancing ketawa. Walaupun ada joke yang aku langsung tak faham kerana menggunakan loghat daerah. Tapi over all..... This is the best segment.

* Aku ingatkan Chairil je yang batuk...rupanya si Reza yang memang batuk. Padanlah terseksa sungguh bunyiknya... hihihi

 Picture credit to it's website
Chairil Anwar


Walaupun aku dah lama "mengenali" dan mengikuti kerja-kerja Reza Rahadian. Termasuk filem, telemovie, sinetron ataupun hanya persembahan pentas, tapi inilah pertama kali aku tengok sang aktor diatas pentas teater. 

Teruja?

Giler tak!!! 

From the time dia berdiri atas pentas buat monolog tu... sampailah akhirnya tirai turun, I just can't keep my eyes off him. Projection suaranya jelas, kuat dengan emosi yang berubah-ubah. Dia berada disemua segmen dengan time off tak sampai 10 minit tapi deliver dengan sangat cantik. Bukan senang nak hafal script yang panjang dan penuh dengan puisi macam tu. Kena ada fokus tahap tertinggi and he nailed it big time!!

Lepas jumpa dengan nitnot di KL hari tu.... kali ni kami jumpa lagi di Jakarta. sayangnya tak dapat nak bersembang lama sebab nitnot kena balik cepat.

Selesai pementasan... aku keluar dan terserempak dengan Reza ( and the whole bunch of audience) di luar teater hall. Orang ramai sangat dan aku tak bercadang nak mengendeng. Aku tengok je la dia lalu............. Bye Chairil!!!! ( Waving dalam hati...)

Before the show aku terjumpa dengan adik Reza, David dan lepas show jumpa lagi. Kali ni dia yang snap kan gambar kami dengan Mama dia & Makcik dia sekali. Thanks David..

Kak Sofi, Mama Maya ( His aunty), Mama Dian ( His Mom) and me.....

Okay... basically, Chairil Anwar adalah seorang yang rebellious. Orang yang berserabut, keras kepala dan tidak memikirkan masa depan walaupun bercita-cita nak jadi menteri. He died at 27. Katanya pada Hapsah, dia nak hidup lagi seribu tahun. Looks like, setelah 68 tahun... Chairil masih "hidup" dan karya-karya nya masih di hargai orang.

It's a good experience. I'm honored to be one of a few Malaysian who witnesses the impressive show. Empat orang actress yang sangat bagus dan seorang lead aktor yang beyond words. Clearly he is not just a handsome face with fame and good ( very good perhaps) pay..... but with magnificent talent also. 

Congratulations to all cast, crew, director, writers & producers.  Till then.......

                                                               
                                                  Chairil si Binatang Jalang
                                                          Picture credit to it's website

p/s : Dari dulu lagi sebenarnya aku end up "jatuh cinta" dengan watak-watak yang dibawakan oleh Reza... Never with him.......